fbpx

“Kalau Tak Ada Caprice Dekat Malaysia Susah, Kita Tak Perlu Polis”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu membabitkan pendakwah bebas, Ebit Lew apabila pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual. 

Perkara itu menjadi bualan ramai di media sosial termasuk pelakon Zarina Anjoulie yang turut mengikuti isu kontroversi berkenaan.

BACA: Caprice Upah Bodyguard Jaga Mondy Di Malaysia

Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Zarina bertanyakan kepada peminatnya mengenai kes Ebit Lew itu kerana mahu mengetahui lebih lanjut.

Rata-rata pengikutnya menjawab penyanyi rap, Caprice sedang membantu Mondy untuk mendapatkan keadilan. Melihat jawapan daripada netizen, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata sudah pasti Caprice yang akan tampil ke hadapan terlebih dahulu.

“Of course Cap will be the first one menggeletis nak handle kan benda ni. Hero Malaysia dah menggeletis,” katanya.

Dalam pada itu, Anju turut bertanya pendapat pengikutnya sama ada isu Ebit Lew Mondu itu benar. Anju juga sempat mengucapkan terima kasih buat Ebit Lew yang selama ini banyak membantu orang susah 

Malah, Anju turut menasihati pendakwah itu untuk tidak membantu orang luar kerana tidak mahu perkara sepertii itu berlaku. Tambahnya lagi, lebih baik jika pendakwah itu membantu rakyat Malaysia.