fbpx

Caprice Balas Sindiran, Sharnaaz Ajak Bersemuka

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai IG Live pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahya membuatkan netizen terjibur apabila Sharnaaz menggunakan filter seperti pak arab.

Malah, Sharnaaz juga seolah meniru percakapan seorang penyanyi rap yang baru sahaja pulang dari Jordan. Susulan itu, Caprice memuat naik satu entri membalas sindiran tersebut.

BACA: Ucap Birthday Untuk Anak, Sharnaaz Terima Pujian Dari Bekas Isteri

Caprice turut menyifatkan Sharnaaz seperti ‘sotong’ dimana sebelum ini pelakon itu pernah melakonkan drama Suamiku Encik Sotong dan mengajak untuk bersemuka.

Sedar namanya disebut Caprice di Instaram, Sharnaaz memuat naik perkongsian di Insta Story menyabut cabaran penyanyi rap itu untuk bersemuka.

Sharnaaz turut memerli Caprice mendakwa beliau membawa panji Islam tetapi takut dengan jarum. Sharnaaz turut menujukkan perkongsian telah menghubungi Caprice serta berkongsikan lokasi dimana dia berada sekarang.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice memuat naik mesej daripada pengikutnya yang kurang senang dengan Sharnaaz yang asyik mengutuk orang tetapi apabila kena pada diri sendiri pasti akan melenting.

Caprice berkata dia menyangkakan selama ini Sharnaaz adalah rakannya dan tetap sabar meskipun sudah beberapa kali diperli. Ujarnya, dia tidak sabar untuk selesai kuarantin untuk selesaikan hal tersebut.