Hangat diperkatakan mengenai isu pasar raya Mydin dan Caprice apabila penyanyi rap itu meminta pihak Mydin membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan bersedia memfailkan saman sebanyak RM30 juta.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin mengatakan pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan pada hantaran tersebut, malah tidak menyebut nama mana-mana pihak.
BACA: “Kalau Betul Caprice Nak Saman, Hantar Surat Ke Peguam Kami” – Ameer Ali Mydin
Dalam pada itu, beliau turut meminta Caprice menghantar surat saman terhadap pihaknya jika benar penyanyi itu mahu memfailkan saman.
Terbaru, Caprice dilihat memuat naik status di Insta Story menjawab pertanyaan netizen adakah dia akan meneruskan tindakan saman terhadap pihak Mydin.
Menurut Caprice, dia akan meneruskan saman serta tidak menyangka seseorang yang sangat dihormati ramai sanggup membiarkan pasukan medianya untuk menyindir orang lain.
“Saya tidak pernah sangka seseorang yang kami hormati akan merendahkan diri untuk membiarkan pasukan media sosialnya menyindir saya.
“Macam mana nak nafikan sedangkan ruang komen memang tag/tau tu semua merujuk kepada saya…” tulisnya.
Sejak semalam, tular satu perkongsian di buat oleh pasaraya terkenal, Mydin yang dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi rap terkenal, Caprice.