fbpx

Cantik Seperti Anak Patung, Uqasha Senrose Digelar Barbie Malaysia

Memiliki rupa paras jelita serta berkulit putih gebu, tidak dinafikan ramai wanita makan hati dengan kecantikan dimiliki pelakon Uqasha Senrose.

Baru-baru ini, pelakon itu ada memuat naik beberapa keping fotonya disolek seperti anak patung. Disolek dengan konsep patung popular, Barbie, ramai memuji Uqasha seperti anak patung.

BACA: Uqasha Senrose Edit Gambar Sampai Tiang Dinding Pun Bengkok

Menerusi entri itu, Uqasha meluahkan rasa rindu untuk kembali bekerja seperti biasa dan wajahnya disolek. Difahamkan solekan tersebut adalah hasil sentuhan jurusolek terkenal, Alha Alfa.

Diruangan komen rata-rata netizen memuji kecantikan Uqasha malah ada yang menggelarkan kakak kepada Nelydia Senrose itu Barbie Malaysia.

Bukan hanya netizen, malah beberapa rakan artis turut mengatakan Uqasha sememangnya cantik seperti patung Barbie. Cantik betul Uqasha, memang beruntung Kamal Adli. Tak sabar rasanya nak tengok pasangan ini diijabkabulkan.