Bercakap bab kasut ni, memang kena pilih betul-betul. Tak kisah lah kasut lelaki ke perempuan, tetap kena teliti semasa membeli. Jangan tengok ke design jer, keselesaan tu yang utama.

Tapi kan dalam sibuk-sibuk nak raya ni, kami teringin juga lah nak kasut raya baru walaupun tak boleh balik kampung. Al maklum lah perempuan lah katakan. Semua benda nak baru, janji gambar bersama family tu cantik.

Dalam sibuk pilih baju raya, tudung raya, kasut raya lah yang paling susah nak jumpa. Mana tak nya, kalau baju dah tau saiz, corak cantik sambar terus, tak fikir banyak dah.

Tapi part kasut ni susah sikit. Kadang-kadang terbesar lah, design dah letops sekali beli sakit kaki pula. Lagi-lagi kalau pakai heels, seksa jer rasa kalau kena dengan kualiti kasut yang out tu.

Godek punya godek kat Instagram tu, terjumpa pula kasut dari Nori Elyna ni. Wow, boleh tahan letops juga kasut dia. Macam-macam design ada. Dari design mak-mak ke design anak dara semua cantik-cantik.

Jadi tak nak buang masa, kami ni selidik lah dulu kasut dari Nori Elyna ni. Takut-takut tak selesa pula time pakai. Dah beli pun melalui online, sah-sah lah tak boleh try. Jadi memang kena ambil langkah berjaga-jaga lah kalau nak membeli.

Founder (kiri), Co-Founder (kanan)

Tekaan kami memang benar. Kasut dari perniagaan yang diusahakan oleh dua beradik Raz Najiha dan Raz Nabila ni memang sangat-sangat selesa.

Ciri-Ciri Kasut Nori Elyna

Boleh dikatakan kesemua kasut Nori Elyna ni diperbuat daripada microfiber leather iaitu bahan sintetik yang mempunyai ciri-ciri sama seperti kulit. Microfiber leather ini tidak menggunakan haiwan, tahan lama, akan mengembang mengikut bentuk kaki dan tidak mudah merekah.

Bukan tu jer ciri kasut Nori Elyna, selain daripada mempunyai padded footbed seperti kasut lain, kasut dari rekaan dua beradik ni juga mempunyai span memory foam yang terletak di hadapan dan belakang lapisan atas tapak kasut bagi mengurangkan tekanan pada kaki dan memberi keselesaan semasa berjalan.

Tapak kasut pula diperbuat daripada campuran getah dan bahan-bahan lain yang memberi kesan anti-licin untuk memberi cengkaman apabila berjalan di permukaan yang licin.

Kebanyakkan reka bentuk kasut dari Nori Elyna adalah bunion friendly. Bunion adalah benjolan di sisi kaki yang boleh menyebabkan kesakitan, kemerahan dan rasa kebas terutamanya setelah berjalan seharian. Oleh itu, pemilihan kasut yang sesuai untuk wanita yang mempunyai tulang bunion ini amatlah penting bagi jangka masa yang panjang.

Bahagian tengah tapak kasut Nori Elyna diukir dengan teliti untuk menempatkan bahan atas kasut agar permukaan kasut kelihatan rata dan mengelakkan daripada berasa beralun ketika berjalan.

Wow, kalau macam ni punya ciri kasut. Pakai lama-lama pun onz. Yang ada anak kecil pun boleh rembat kasut ni. Yang penting cantik dan tak sakit.

Koleksi NE Raya ‘21 Yang Akan Jadikan OOTD Korang Lebih Letops

Bila dah tau ciri kasut tu macam mana, barulah boleh pilih design kasut untuk nak pakai raya ni kan. Tak lah menyesal nanti bila dah beli.

Banyak yang cantik-cantik. Tapi kali ni Nori Elyna mengeluarkan koleksi raya yang letops, iaitu koleksi NE Raya ‘21. Lawa weyy! Tak tahu nak pilih yang mana. Rambang mata dibuatnya.

Tapi kalau korang nak OOTD masa raya elok pilih koleksi NE Raya ‘21, sebab koleksi ni memang direka khas untuk hari lebaran. Ada 7 design yang korang boleh pilih. Setiap satu design tu ada namanya.

Koleksi NE Raya ‘21 ni bertemakan kekeluargaan. Jadi semua kasut koleksi ini diberi nama Aziah, Fateema, Rindu, Roziah, Zaleeha, Zarina dan Zuraida. Jadi korang boleh lah pilih nama mana yang berkenan di hati. Tengok betul-betul time nak add to cart tu. Takut tertukar design pula nanti.

Koleksi Bloom pun tak kurang hebatnya. Ada 7 design yang korang boleh pilih. Semuanya lawa wey. Nak pakai pergi office ni sesuai sangat. Tak tahu nak pilih sama ada Peony, Lavender, Magnolia, Buttercup, Iris, Dandelion atau Lily. Semua cantik-cantik.

Tergugat Iman Tengok Harga Kasut Ni

OMG girls! harga kasut ni betul-betul mengundang. Semua bawah RM200, tercabar rasa kalau tak membeli kasut Nori Elyna. Design dah lah lawa, harga mampu milik pula tu.

Bila shopping online ni tak terasa sangat banyak, main tekan-tekan bayar. Tahu-tahu bila sampai depan rumah berkotak-kotak.

Tapi kalau kasut Nori Elyna ni berkotak pun tak apa. Keselesaan tu nombor satu. Memang love lah dengan kasut Nori Elyna ni. Korang tak nak join kami membeli ke?

Yang nak usha-usha kasut Nori Elyna ni klik jer laman rasmi Nori Elyna, Instagram atau korang boleh terjah Facebook Nori Elyna. Jangan lambat sangat pilih design tu , takut habis pula saiz korang nanti. hehe