fbpx

Caliph Buskers Nafi Menang Kerana Simpati

Kemenangan Caliph Buskers di tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30) baru-baru ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna bagi kumpulan tersebut. Namun dalam masa yang sama mereka menafikan tempat ketiga yang dimenangi mereka itu adalah dasar kasihan atas simpati daripada juri.

BACA: Caliph Buskers Hampir Ditipu, Kini Buka Studio Sendiri

“Saya tidak rasa kemenangan kami adalah kerana barisan juri bersimpati dengan kekurangan kami. Biarpun masih baru dalam industri nyanyian, kami mencuba bersungguh-sungguh untuk memberi yang terbaik”

“Alhamdulillah usaha keras kami membuahkan hasil. Terima kasih kepada Abang Edry kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami,” kata Khairul Azmi selaku wakil kumpulan tersebut kepada BH Plus.

Selain itu, berkata kepada Harian Metro, mereka juga menafikan bahawa mereka terpaksa menaiki teksi dari Kuala Lumpur pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) yang berlangsung di Stadium Malawati baru-baru ini.