fbpx

Cadang Tukar Kereta? Boleh Usha Kereta Axia 2023 Baharu Ini, Lebih Smart!

Bila dah masuk tahun baharu ni kan, mesti ramai antara kita yang bercadang nak tukar kereta baharu. Kalau boleh semua benda nak baharu, barulah nampak Bergaya!

Tak dinafikan ramai juga yang nak tukar kereta. Mungkin ada di antara mereka nak tukar sebab ahli keluarga yang semakin bertambah. Dan mungkin juga ada yang nak beli kereta kerana sudah berkerjaya. Yer lah, nak pergi kesana sini tu lebih mudah!

Walaupun kita masih lagi baharu menerjah tahun 2023, anda boleh lihat sendiri beberapa pengeluar kereta tempatan dan antarabangsa mula melancarkan model baharu daripada model sedia ada. Tidak ketinggalan, Perodua pun turut memperkenalkan Perodua Axia generasi kedua untuk pasaran tempatan kita. Haa, kami pasti anda pun mesti dah tengok kan?

Memang tak sangka Perodua Axia kali ini memang Pretty Stylish, Pretty Efficient dan Pretty Assuring dari segi ciri-ciri baharu. Walaupun enjin Perodua Axia 2023 masih sama, tapi kotak gear dah tukar D-CVT (Dual-Mode CVT) tau. Dan lagi penting ia adalah model generasi ke-3 dibawah konsep Perodua Smart Build selepas Ativa dan Alza baharu. Pendek kata memang smart betul!

Paling unexpected adalah dengan interior dan juga exterior dia. Lawa betul kalau tengok depan-depan gais. In love!

Jadi apa lagi kelebihan kereta kompak pilihan ramai ini? Jom kita lihat!

1. Kompak & Senang Dipandu

Dengan saiznya yang kompak, Perodua Axia cukup sempurna untuk anda bergerak dan menyiapkan tugas seharian. Ia lebih mudah untuk diparkir dan jimat minyak.

Bukan itu jer, Perodua Axia baru ‘turning radius’ hanya 4.5m sahaja dan sangat mudah untuk anda parking atau membuat pusingan ‘U’ di jalan yang agak kecil.

Pada anda yang baru jer dapat lesen tu atau baru memulakan kerjaya, kami rekomenkan kereta Perodua Axia ini untuk anda ‘latih’ diri bagi lebih cekap memandu! Kereta kompak mudah sikit nak ‘ejas’ gais. Tak payah risau dah.

2. Mampu Milik

Walaupun “mampu milik” itu cukup subjektif bergantung pada individu, tetapi kami yakin Perodua Axia pastinya lebih berbaloi berbanding kereta-kereta lain.

Memperkenalkan empat varian Axia 2023 iaitu G, X, SE dan AV, dengan harga di sekitar RM38,600, sehingga RM49,500 (harga tanpa insurans) kami pasti sudah cukup untuk anda jadikan Perodua Axia ini sebagai ‘BFF’ anda! Takdelah terasa beban sangat nak buat bayaran bulanan tu.

3. Jimat Minyak

Kalau sebutkan tentang poin ni, kami pasti anda dah sedia maklum Perodua Axia antara kereta ‘panas’ yang menjadi idaman ramai.

Seperti yang anda tahu, kereta penting untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik anda. Dengan itu pemilihan kereta yang baik sangat penting dan harus diambil kira.

Paling penting, pemilihan kereta yang utama anda harus fikirkan adalah penggunaan minyaknya. Percaya atau tak, Perodua Axia banyak menjadi pilihan pembeli sebagai kereta kedua bagi tujuan pergi dan balik kerja. Mana taknya, kereta ini sangat sesuai digunakan di bandar dan perjalanan yang dekat kerana penjimatan penggunaan minyak tersebut. Oleh itu ramai yang membeli kereta ini untuk tujuan bawa bekerja hari-hari.

4. Tak Banyak Ragam

Siapa suka kalau kereta bermasalah kan? Jangan risau Perodua Axia ni cukup mudah untuk dijaga dan diselenggara tanpa banyak ragam. Yang penting jaga servis berkala setiap 10 ribu kilometer dan pastikan servis di pusat servis Perodua yang sah sahaja.

Malah, alat-ganti untuk Perodua Axia ini pun dah tersedia dan juga mampu milik. Kos servis pun rendah. Jadi, kurang sikitlah kerisauan kalau berlaku kerosakan tu.

5. Keselesaan Yang Mencukupi

Ruang dalaman yang lebih selesa dengan ruang kaki untuk penumpang belakang yang luas cukup untuk memberikan keselesaan kepada penumpang.

Walaupun kelihatan kompak dari luar, namun ruang dalaman Perodua Axia agak luas dan selesa untuk memuatkan 5 orang penumpang dewasa. Wow!

Bukan itu jer, ruang kabinnya pun luas dan selesa. Malah, bonet belakangnya turut dilengkapi ‘Back Door Handle’ bagi memudahkan mengambil barang. Axia baharu ni lebih panjang dan lebar dari model terdahulu.

Jimat Serba-serbi!

Perodua Axia merupakan sebuah kereta yang sesuai digunakan oleh semua lapisan umur kerana ia mudah dipandu dan sesuai untuk perjalanan dalam bandar.

Perodua Axia ini juga sesuai untuk golongan muda yang baru mula masuk alam pekerjaan dan juga pelajar-pelajar universiti. Ada juga yang menjadikan Perodua Axia ini sebagai kereta kedua untuk mereka yang sudah berkeluarga.

Malah ia adalah sebuah kereta kompak yang sangat jimat serba serbi. Minyak, komitmen bulanan, kos penyelenggaraan, roadtax dan lain-lain. Power bhai!

Jadi, jangan malu pakai kereta kompak asalkan berpadanan dengan kita. Paling penting, tidak membebankan anda di kemudian hari! Pilihan adalah di tangan anda. Klik LINK INI untuk info lanjut!