fbpx

Cabar Diri Buat Yoga, Netizen Kagum Janna Nick Boleh Lentik Badan

Umum mengetahui, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung dua minggu lalu. Bagi mengisi masa lapang terluang, pelakon Janna Nick mencabar diri melakukan aktiviti yoga di rumah.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Janna dilihat memuat naik videonya melakukan yoga. Mengakui aktiviti tersebut bukan mudah untuk dilakukan, namun dia mencabar dirinya.

BACA: Semakin Kurus, Peminat Risau Lihat Foto Terbaru Janna Nick

“PKP sambung lagi? Jadi apa kata kita cabar diri kita untuk buat benda yang boleh mencabar kemampuan kita di rumah. Kalau untuk saya ialah yoga! Walaupun tidak mudah tetapi saya cuba,” tulisnya.

Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang menyambut baik cadangan pelakon itu untuk melakukan aktiviti berfaedah sepanjang PKP.

Dalam pada itu, ada yang berkongsikan aktiviti dilakukan mereka serta kagum dengan kehebatan Janna melakukan yoga kerana ia bukan perkara mudah.