Baru-baru ini satu butik mesra ibu dan anak telah dibuka dan yang paling buat kami tertarik apabila Izzly Global Empire Sdn Bhd melancarkan butik yang lengkap dengan keselesaan buat mommy and baby yang berkunjung ke butik tersebut.
Butik yang terletak di ibu kota ini bakal menjadi tarikan yang luar biasa sebaik sahaja para ibu melangkah kaki masuk ke butik yang penuh ceria dan dilengkapi dengan ruangan menyusu, surau dan tempat permainan anak-anak. Dari situ para ibu akan mula rambang mata memilih barangan kelengkapan baby korang.
Mana tak nya, kalau korang seorang ibu mesti korang peka dengan jenama Izzly yang mengeluarkan produk makanan bayi seperti serbuk ayam Izzly. Kali ini korang dah tak perlu nak susah payah fikir mana nak beli produk Izzly. Korang boleh dapatkan produk Izzly dari agent-agent dan juga semua distributor Izzly.
Terjah jer butik Izzlyku macam-macam ada, dari makanan bayi sehingga lah barang keperluan bayi dan paling penting Young Living Essential Oils pun ada. Kiranya bila korang masuk jer butik Izzlyku ni semuanya lengkap, tinggal nak beli ke tak jer. Hihi.
Menurut pengasasnya, Nor Dahlia Dahili berkata, idea pembukaan butik yang terletak di Sentul Perdana, Kuala Lumpur ini tercetus apabila ingin memberi kemudahan kepada golongan ibu yang mempunyai anak kecil supaya dapat membeli-belah dalam keadaan selesa.
Tambahnya lagi, golongan ibu yang ingin membeli-belah sering berhadapan dengan kesukaran di mana perlu melalui beberapa situasi termasuklah situasi anak meragam, menukar lampin, menyusu dan sebagainya.
Jesteru, beliau mendapat idea tentang perlunya membuka sebuah butik yang mempunyai konsep boleh membeli-belah selain anak-anak diberi makan di satu tempat dan ruangan khas.
Siap Boleh Jana Pendapatan Lagi
Buat para ibu yang membeli di butik Izzlyku, korang juga boleh menjana pendapatan dengan menjadi agent Izzly. Tidak terhad kepada pelanggan Izzlyku sahaja, ibu-ibu yang ingin mencari duit lebih sempena raya ni pun boleh menjadi sebahagian daripada team Izzly.
Sekaligus, korang juga memudahkan urusan ibu-ibu di luar sana untuk dapatkan barangan Izzlyku. Jangan tak tahu, permintaan produk Izzly ni sangat tinggi, lagi-lagi buat ibu yang anaknya baru masuk fasa merasa makanan. Paling penting ibu yang bekerja confirm akan grab produk yang memudahkan urusan kerja mereka ni.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada team Izzly.
Cawangan Baru Bakal Di Buka
Tidak hanya tertumpu hanya di cawangan ibu kota, Dahlia juga merancang untuk membuka cawangan butik seterusnya di Tanah Merah, Kelantan dalam masa terdekat.
“Mungkin dalam tiga hingga empat bulan lagi saya akan buka cawangan di Kelantan dan pengumuman akan dibuat kepada sesiapa yang berminat menjual semua produk bayi dan ibu berpantang.”
“Bukan setakat ibu berpantang malah barangan ibu mengandung dan produk bayi turut dijual,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai makanan bayi yang dihasilkannya, kata Dahlia ia bermula menerusi kajian yang dilakukannya semasa menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di UiTM dalam bidang Sains Forensik.
“Pembelajaran semasa pengajian sarjana dahulu telah membuka mata saya dan memberi kesedaran akan kepentingan menjaga pemakanan. Sekitar tahun 2015, kami bermula dengan membuat serbuk ayam, serbuk bilis dan serbuk beras. Kaedah pemprosesan yang terpilih ini boleh memaksimumkan nutrisi di dalam makanan,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Dahlia turut mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada bahagian Teknologi Makanan dari Universiti Putra Malaysia.
“Saya melakukan kajian untuk menghasilkan produk makanan yang berkualiti. Keutamaan saya adalah bagi memastikan produk yang dihasilkan itu tidak mendatangkan kemudaratan dan benar-benar sihat,” jelasnya.
Maklumat lanjut mengenai produk Izzly korang boleh layari Facebook dan Instagram Izzly. Nak senang scan je QR code ni.