fbpx

Bunga Isme Menangis Dituduh Punca Ismail Izzani, Shalma Putus

Penyanyi rap, Bunga Isme akui terkilan apabila dituduh menjadi punca pasangan selebriti Ismail Izzani dan Shalma Eliana putus.

Menafikan dakwaan tersebut, Bunga berkata dia terkejut apabila namanya dikaitkan oleh netizen sedangkan dia juga tidak tahu pasangan itu sudah putus.

BACA: Baru Usia 21 Tahun, Bunga Isme Berjaya Beli Rumah Kondo

“Saya tahu tentang hal itu selepas kawan hantar satu status di Twitter. Terkejut apabila tiba-tiba nama saya dikaitkan oleh netizen sedangkan saya pun dah ada kekasih.

“Saya cuba jaga imej saya dengan baik. Saya menangis tertanya-tanya kenapa orang tuduh saya macam ni?” katanya.

Sebelum ini tular perkongsian seorang netizen mendakwa Ismail pernah berlaku curang. Tidak menyebut nama indvidu tersebut, namun status itu seolah merujuk kepada kisah putus cinta Ismail dan Shalma.

Kata Bunga lagi, dia memahami status berkenaan tidak bermaksudkan dirinya namun disebabkan itu juga ada yang menuduh dirinya.

“Saya tak mahu gosip seperti ini menganggu kerjaya dan nama saya. Saya tak nak benda macam ni orang berfikir yang tidak baik. Saya takut kalau ada yang terima gosip ini bulat-bulat dan percaya,” katanya.

Terdahulu, Ismail mendedahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Shalma Eliana sudah pun berkahir seleaps dua tahun bercinta.