fbpx

Baru Usia 21 Tahun, Bunga Isme Berjaya Beli Rumah Kondo

Selepas dua tahun dalam industri seni, penyanyi Bunga Isme meluahkan rasa syukur akhirnya memiliki rumah sendiri pada usia 21 tahun.

Menurut Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, rumah jenis kondominium dibeli di Hulu Langat, Selangor itu merupakan hadiah untuk ibunya.

BACA: Dikecam Bergurau Mirip Angelina Jolie, Bunga Isme Beri Amaran

“Alhamdulillah, syukur impian rumah pertama saya akhirnay tercapai, sejak awal bekerja memang saya nak ada rumah sendiri. Rumah ini juga merupakan hadiah untuk ibu saya.

“Dahulu kami hidup berpindah-randah kerana emak dan ayah sellau bertukar lokasi kerja jadi rumah baru yang dijangka siapp beberapa tahun lagi ini akan jadi kediaman tetap kami.

“Lagi pula usia ibu pun dah lanjut, sebab itu saya nak ada rumah sendiri supaya ibu boleh duduk sekali, bolehlah saya jaga dan berbakti pada keluarga pula,” katanya.

Kata Bunga lagi, sebelum membeli rumah dia membuat persediaan awal termasuk menguruskan kewangan dengan baik serta mendapat rujukan daripada mereka yang pakar.

“Sejak tahun lepas saya dah bertanya dengan beberapa orang mengenai pembelian rumah, saya juga ada Google info-info dan tip sebelum membeli rumah.

“Bukan senang nak beli rumah, kena uruskan wang dengan baik, saya lupakan kemauan, mula menabung dan buat potongan setiap bulan,” katanya.