fbpx

Bunga Citra Lestari Tempah Liang Lahad Sebelah Ashraf Berharga RM75,000

Pemergian pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair tentunya memberi kesan besar buat isterinya, Bunga Citra Lestari serta anak mereka, Noah Aidan Sinclair yang baru sahaja kehilangan bapanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy, BCL bukan saja menempah liang lahad untuk arwah Ashraf malah untuk dirinya juga yang mahu disemadikan bersebelahan kubur suaminya apabila meninggal dunia.

BACA: Ashraf Sinclair Penderma Tetap Rumah Anak Yatim

Tambahnya lagi, dua tempahan tersebut dibuat oleh pengurus BCL iaitu Doddy dengan harga Rp260 juta (RM75,000). Pada awalnya pihak San Diego Hills menawarkan kawasan liang lahad yang lain namun ditolak oleh BCL.

“Benar, BCL minta mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia. Beliau tak mahu ‘single’. Dia mahu berdampingan dengan suaminya.

“Pengurusnya, Doddy yang menghubungi saya dan menempah dengan harga RM75,000,” katanya.

Terdahulu, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair, 40 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira jam 4.15 pagi.

Allahyarham meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10 tahun.