Ketiadaan suami disisi Zizie Izette pada kebanyakkan masa, ketika bercuti ke luar negara mahupun bergambar di media sosial menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau menjaga ketiga anaknya keseorangan.

BACA:Zizie Ezette Kongsi Nama, Wajah Anak Kembar


Menurut Zizie, suaminya juga seorang ahli politik memang sibuk namun beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami. Untuk menyenangkan Zizie menguruskan anak, suami mengupah beberapa orang pengasuh.


“Walaupun DSBM (Datuk Sri Bung Moktar) selalu sibuk tapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah memudahkan tanggungjawab saya dengan mengupah pengasuh bayi. Saya tidak hebat tanpa mereka,” jelasnya.

Kalau dilihat di sosial media, memang jarang Zizie memuat naik gambar bersama suami. Apatah lagi apabila bercuti, kebanyakkan memang bersama anak-anak atau keluarganya. Biasalah kalau berkahwin dengan ahli politik. (rtky/w)