fbpx

“Bukannya Seumur Hidup Dah Bertudung, Saya Cuba Bertudung Masa PKP”

Ahad lalu, penampilan isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman tidak bertudung di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) mengundang kecaman ramai.

Menerima hati terbuka dengan kecaman dilemparkan netizen, Nazira berkata dia masihdalam proses berlajar bertudung sejak setahun lalu.

BACA: Tampil Freehair Di AJL36, Isteri Yonnyboii Dikecam Teruk

“Saya tak kisah apa pun orang nak cakap. Sebenarnya saya baru saja cuba-cuba bertudung. Yang dah lama kenal dan follow saya di media sosial, mereka mesti dah lama tahu.

“Bukannya saya memang seumur hidup dah bertudung dan sekarang baru buka..saya sedang belajar dan mencuba bertudung masa PKP dulu. Setiap orang ada jalan masing-masing, kita manusia tak boleh jadi sempurna dalam sekelip mata,” katanya.

Tidak terasa hati dengan komen kecaman netizen, Nazira berkata dia tidak membaca komen di media sosial. Ujarnya lagi, suami memahami situasinya dan mereka sedang sama-sama belajar.

“Sejujurnya saya memang tak buka Facebook, malah tak baca pun apa komen yang mereka tulis. Tak rasa stress pun. Apa mereka nak cakap terpulanglah.

“Suami pun memahamai situasi saya dan kami sekarang sama-sama belajar untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik,” katanya.