fbpx

“Bukannya Duduk Atas Riba Atau Babak Atas Katil” – Da’i Syed

Baru-baru ini tular perkongsian video oleh pendakwah selebriti Da’i Syed bersama pelakon Anna Jobling menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Rata-rata netizen mengecam pendakwah itu tidak menjaga ikhtilat serta boleh menimbulkan fitnah apabila duduk rapat seperti itu.

BACA: Duduk Rapat-Rapat Dengan Anna Jobling, Netizen Menyampah Dengan Da’i Syed

Memetik mStar Online, Syed berkata video tersebut bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan dia tidak mampu menutup mulut netizen dari terus bercakap.

“Hanya kerana video lapan saat itu heboh diperkatakan orang. Bukannya ada perbuatan keterlaluan seperti duduk di atas riba atau babak atas katil.

“Orang tak tahu keadaan sebenar. Ketika video itu dirakam, bukannya kami berdua. Malah saya juga tidak duduk rapat dengan Anna. Apa yang saya boleh cakap, ia bukanlah seperti yang diperkatakan. Saya sedar pandangan orang mesti ada sahaja yang tidak kena,” katanya.

Dalam pada itu, Syed enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut serta memaklumkan dia terlibat dalam satu drama terbaru bersama Anna.

“Saya dan Anna sama-sama terlibat dalam sebuah drama baru. Dalam drama tersebut saya membawa watak ustaz memakai kopiah. Sebab itu orang anggap saya mencemarkan imej tersebut.

“Kami rakam video itu sekadar suka-suka untuk media sosial. Dalam masa sama boleh beritahu kepada orang ramai tentang drama terbaru lakonan kami,” katanya.

Sementara itu, Syed juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam perkongsiannya selepas ini serta mengakui terkesan dengan kata-kata negatif dilemparkan netizen.