Gara-gara memperkenalkan wajah bakal suami, Elfira Loy ‘menyekolahkan’ netizen yang mempersoalkan tindakannya ‘menayang’ wajah kacak tunang. Jelasnya, beliau bukan menayang, ianya sekadar memori buat dirinya.

BACA: Elfira Loy Kongsi Gambar Tunang, Ramai Puji Kacak


Mungkin sudah bosan dengan orang lain yang sering mempertikaikan dan mengatur hidupnya, Elfira berkata beliau mempunyai hak untuk memuat naik apa saja yang disukai di akaun Instagramnya.

Sejak kontroversi putus tunang sebelum ini, memang jarang nampak Elfira memuat naik perkembangan peribadi di media sosial. Malah majlis pertunangan baru-baru ini juga dibuat secara tertutup.

Mungkin peristiwa lalu membuatkan Elfira sudah trauma untuk terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi. Apa salahnya kalau memperkenalkan bakal suami pun, barulah orang kenal supaya tidak ada yang curi kan! (rtky/w)