Bergelar isteri kedua, pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan dia meletakkan syarat kepada suaminya, Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar iaitu perlu mendapat keizinan daripada isteri pertama jika mahu berkahwin dengannya.
Menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Korban Kasih’, Zarina berkata dia sendiri yang mahu meminta izin daripada madunya untuk berkahwin dengan suami.
BACA: “Azal Masih Trauma, Tak Ceria & Banyak Menyendiri” – Zarina Zainuddin
“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.
“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” katanya.
Menurut Zarina lagi, dia menyifatkan suaminya seorang yang gentleman kerana berani membawanya untuk meminta izin dan bertemu dengan isteri pertama.
Kongsinya lagi, selepas pertemuan tersbeut madunya itu menelefon ibunya dan memberi keizinan untuk suaminya berkahwin dengannya.
“Hari berikutnya, dia bawa saya berjumpa isteri pertama. Dia sangat gentleman. Tak semua orang boleh buat macam itu. Suami orang berani bawa kita jumpa isterinya adalah seorang lelaki gentleman dan betul-betulkan mahukan kita,” kongsinya.
Dalam pada itu, Zarina mengakui bukan mudah untuk mendapatkan cinta daripada suami orang kerana pelbagai dugaan perlu dilalui.
Malah, Zarina turut menyarankan kepada wanita diluar sana supaya tidak terjebak serta mengelak daripada jatuh cinta dengan suami orang kerana akhirnya diri sendiri akan merana.
“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Kalau boleh jangan jatuh cinta pada suami orang sebab kesian pada diri kita sebenarnya.
“Sebab kita kena hidup merana dulu. Bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya.