fbpx

Pelakon Zarina Zainuddin memberitahu anaknya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal masih trauma selepas menemui satu laman memuat naik tulisan berbaur cercaan terhadap anaknya.

Memetik Utusan Online, Zarina berkata perkara itu menganggu emosi anaknya yang kini tidak lagi ceria serta lebih suka berkurung.

BACA: Zarina Zainuddin Menangis, Kemurungan Tengok Video Remaja Persenda Anak Autisme

“Dia sampai sekarang moody dan tidak ceria seperti selalu. Dia lebih banyak menyendiri, malah suka berkurung dalam bilik dan tidak mahu diganggu.

“Perkara itu benar-benar mengganggu emosinya. Saya menangis selama dua hari apabila mendapat tahu kewujudan laman Wikipedia tersebut,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Dalam pada itu, Zarina berkata dia tidak merancang untuk mengambil tindakan kepada individu yang menulis fitnah tersebut serta menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT untuk membalasnya.

“Mungkin semua ini didalangi budak-budak yang cetek akalnya. Saya rasa tidak perlu saya ambil tindakan. Kalau pelaku rasa apa yang dibuatnya itu betul, teruskanlah. Tetapi ingat, segala tindakan kita akan dibalas. Kalau kita buat jahat dekat orang lain, Allah akan balas semula.

“Saya harap netizen berwaspadalah ketika menulis atau berkata-kata di media sosial. Jangan ikut sedap hati. Kita manusia, sentiasa buat silap,” katanya.

Sebelum ini, sebuah laman Wikipedia menyebut anak Zarina sebagai gila, psiko dan tidak bersekolah. Bagaimanapun, info tersebut sudah pun dipadam sebaik sahaja Zarina memuat naik mengenai fitnah berkenaan.