fbpx

“Bukan Saya Yang Post, Suruh Mereka Yang Padam”

Terpalit dengan sekeping gambar yang mengundang kemarahan orang ramai, Haneesya Hanee tegas enggan berbuat apa-apa mengenai gambar seksi berselendang, biarpun dihujani dengan pelbagai kecaman netizen.

BACA: “Saya Tak Bodoh Agama, Tak Jahil Sampai Tahap Macam Tu”

Terbaru Haneesya membalas komen seorang netizen yang memintanya memadam gambar berkenaan. Tulis Haneesya, bukan beliau yang harus memadam gambar tersebut sebaliknya jenama berkenaan.

“Bukan saya yang post gambar tu! Suruh brand tu padam sebab mereka yang post. Komen dekat sini buat apa? Tak ada kerja dah?,” balasnya kepada seorang netizen yang memintanya memadam gambar berkenaan.

Terdahulu Haneesya berasa kesal dengan tindakan jenama berkenaan yang memungkiri janji dengan mendedahkan gambar tersebut sepenuhnya, biarpun sudah berjanji akan memuat naik gambar itu separuh sahaja.

Tegas Haneesya, beliau bukanlah seorang Islam yang bodoh sehingga ingin mempersendakan agama dengan bertindak sedemikian. Bagaimanapun sehingga kini gambar terbabit masih tidak dipadamkan dari media sosial. (rtky/w)