fbpx

“Bukan Rampas Laki Orang, Bapa Anak-Anak Aku Juga”

Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berang apabila apa pihak yang kurang senang dengan tindakannya memuat naik gambar kenangan bekas suaminya bersama anak-anak di media sosial semalam.

Ada yang mendakwa Intan sengaja ingin meraih simpati dan masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka sudah berpisah.

BACA: Intan Liana Tak Fobia Kahwin Lagi, Mahu Cari Pengganti

Tidak dapat menahan sabar dengan segala tohmahan dilemparkan padanya, Intan meluahkan perasaannya menerusi Insta Stories, memberitahu tindakannya itu tidak salah dan gambar tersebut hanyalah gambar kenangan ketika dia masih menjadi isteri kepada Ude.

Katanya lagi, dia tidak pernah meroyan ataupun masih terkenangkan lagi memori bersama bekas suaminya itu. Rata-rata netizen menyokong tindakan Intan kerana menganggap wanita itu akhirnya berani bersuara.

Intan juga berkata, selama ini dia berdiam diri adalah atas pilihannya sendiri dan bukan kerana termakan budi mana-mana pihak. Pasa masa sama, Intan juga bersedia untuk bertemu individu yang dimaksudkan jika masih ada perkara yang belum selesai di antara mereka.