fbpx

Bukan Nak Tunjuk Alim, Nad Zainal Selesa Pakai Baju Besar Bila Ke Gym

Baru-baru ini perkongsian Insta Story pelakon Nad Zainal menjadi perhatian dimana dia mengatakan lebih selesa memakai baju besar ketika bersenam di gim.

Memetik Astro Gempak, dalam entri itu Nad betkata dia lebih selesa berpakaian longgar dan tiada tujuan lain mahupun tunjuk alim.

BACA: Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Tular?

Nad turut berkongsikan video memaparkan dirinya sedang bersenam di sebuah gim dengan memakai baju T putih besar dan labuh.

“Saya kalau ke gym memang suka baju besar-besar, terpulang selera masing-masing bukan nak tunjuk alim tapi saya selesa,” tulisnya.

Minggu lalu, pelakon itu mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Nad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hal perceraiannya itu serta mengatakan keadaannya baik-baik sahaja.