fbpx

“Bukan Mereka Tak Tahu Saya Suka Pakai Seksi”

November tahun lalu hangat diperkatakan apabila tular satu video memaparkan seorang gadis dikatakan mirip pelakon Chacha Maembong sedang sakan berjoget dipercayai di Bali bersama rakan-rakannya.

Sekian lama berdiam diri, Chacha tampil membuka mulut mengenai perkara itu dan mengakui bahawa gadis tersebut adalah dirinya bersama rakan-rakannya. Enggan mengulas lanjut, Chacha berkata ini perkara yang perlu dilalui sebagai selebriti.

BACA: Video Mirip Chacha Maembong Berbikini Di Bali Tersebar?

“Saya mengakui bercuti dengan rakan-rakan ketika video berkenan tular. Ini hanya percutian membabitkan rakan-rakan wanita. Saya enggan mengulas lebih lanjut, kisah yang sudah dilupakan. Saya tidak mampu menutup mulut warganet bercakap buruk mengenai saya.

“Redha saja, inilah bayaran yang harus saya terima apabila memilih hidup sebagai selebriti. Namun, ia bukan penghalang untuk saya menjadi diri sendiri dan melakukan apa yang disukai,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Chacha berkata dia sudah tidak peduli dengan kritikan dan kutukan warganet, asalkan tidak menjejaskan kerjaya lakonannya. Ujarnya lagi, apa yang ditunjukkan kepada umum adalah dirinya yang sebenar dan tidak mahu bermuka-muka.

“Saya sudah kebal dengan hentaman warganet. Bukan mereka tidak tahu saya suka berpakaian seksi sejak dahulu lagi. Saya bukannya jenis bermuka-muka. Apa yang ditunjukkan dalam laman Instagram (IG) adalah diri saya.

“Saya tak mahu dalam IG bukan main tunjuk baik. Berjumpa di luar, tidak senonoh. Saya rasa kesannya lagi buruk terhadap seseorang yang berperangai begitu,” katanya.