Lama menghilang, pelawak sensasi Yassin Senario dilihat muncul dalam live di TikTok semalam dan bakal pulang ke tanah air.
Difahamkan, isterinya Waheeda Maharidan, bersama anak mereka turut berada di Jeddah, Arab Saudi bagi mengiringinya pulang.
BACA: “Sepatutnya Balik Sebelum Aidilfitri” – Yassin Masih Ditahan Di Arab Saudi
Menerusi sesi siaran langsung itu, Yassin menjawab pertanyaan netizen serta berseloroh mengatakan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya dia bercuti.
“Bukan menghilang, saya bercuti,” katanya ringkas.
Memetik Harian Metro, isteri Yassin mengesahkan suaminya sudah pulang ke Malaysia namun belum bersedia untuk menceritakan kejadian sebenar yang terjadi terhadap pelawak berkenaan.
“Ya. Yassin sudah pulang ke Malaysia. Beri ruang untuk Yassin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Sebenarnya saya nak rahsiakan perkara ini, tapi saya faham ramai yang menantikan kepulangannya ,”katanya.
Dalam pada itu, Waheeda memaklumkan Yassin berada dalam keadaan baik dan berat badannya juga meningkat.
“Alhamdulillah dia sihat. Berat badannya juga makin naik. Saya dan seluruh keluarga gembira dapat bertemu semula dengan Yassin,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah, Arab Saudi sejak Oktober tahun lalu atas kesalahan memiliki ganja. Susulan itu, nama Yassin dikatkan dengan insiden berkenaan.
SUMBER: Harian Metro