fbpx

Sudah jadi trend masyarakat Melayu zaman sekarang, tiba musim raya sahaja serba-serbi nak tukar baru, kasut baru, pakaian baru dan kelengkapan rumah baru. Senang cerita dari A hingga Z nak baru.

Tetapi bila datang part harga semuanya termenung lihat harga yang tak masuk akal dengan barangan yang dijual.

Kali ini anda tak perlu risau bab harga, grab sahaja barangan apa yang anda inginkan dan semuanya anda boleh dapat dengan harga promosi hanya di LuLu Hypermarket & Department Store.

Di bawah satu bumbung sahaja anda boleh dapat barangan yang anda inginkan dari baju raya sehinggalah barangan basah, semuanya ada sale kaw-kaw.

Jika anda mahu mencari baju raya, kasut raya beg raya, atau barangan lain seperti telefon bimbit, kelengkapan rumah, perabot rumah, mainan dan bagasi raya bolehlah terjah LuLu Hypermarket & Department Store.

Bukan itu sahaja, penjimatan besar akan berlaku kepada produk harian, barang-barang segar, dan barangan runcit sebanyak sehingga 70% tahu. Nak barangan murah jangan lupa terjah sekarang, okey. Promosi jualan Ramadan ini akan berakhir pada 10 June ini.

Tapi jika anda inginkan kelengkapan rumah yang berjenama dan pastinya tahan lama, nak-nak lagi dengan harga promosi anda boleh kunjungi Bazar Raya yang sedang berlangsung dan akan tamat pada 9 Jun ini.

Bazar Raya ini terdapat pada aras 2 LuLu Hypermarket & Department Store. Kali tu, bolehlah anda grab barang-barang promosi must have Raya seperti barangan isi rumah dan barangan rumah, elektrik, elektronik, kasut dan bagasi.

Jenama besar seperti Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan banyak lagi pun ada tahu. Inilah masa yang tepat untuk berikan rupa baru kepada rumah anda sempena musim Raya yang akan datang!

Bukan itu sahaja, di LuLu Hypermarket & Department Store ini juga anda boleh dapat hadiah lumayan seperti Proton X70 (hadiah utama), Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan baucer daripada Lulu hanya dengan menyertai Dream Drive Contest yang sedang berlangsung sekarang sehingga 1 September ini.

Anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM75 dan ke atas (dalam satu resit) untuk layak mendapatkan satu kupon cabutan bertuah. Hanya perlu isikan butiran diri anda, dan masukkan ke dalam kotak yang disediakan di tingkat bawah, dan seterusnya berdoa agar anda terpilih sebagai salah seorang pemenang. Mudah bukan!

Sebut sahaja bab pemenang pastinya ada langkah-langkah pemilihan bukan? Terdapat 2 sesi pemilihan pemenang. Sesi pertama akan diadakan pada 5 Julai ini manakala sesi kedua akan berlangsung pada 6 September 2019 nanti.

Tambah menarik lagi di LuLu Hypermarket & Department Store ini, bukan sahaja dapat harga promosi untuk setiap barangan.

Di hypermarket yang mesra pengguna ini juga turut berlangsung promosi mingguan yang diadakan setiap minggu.

Anda boleh menikmati makanan segar, makanan panas, roti dan barangan runcit, serta item terpilih dari kategori lain dengan harga runtuh sepanjang promosi hujung minggu ini berlangsung!

Jadi apa tunggu lagi, bukan nanti tunggu raya sahaja ada sale, di LuLu Hypermarket & Department Store ini setiap minggu ada sale.

Sebelum orang lain grab harga promosi ini lebih baik anda grab dahulu. Barulah raya tahun ini serba-serbi baru dan meriah.