fbpx

Bukan Lagi Anak Menteri, Dafi Lega Perubahan Bapa

Umum mengetahui penyanyi Dafi merupakan anak kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baru-baru ini, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima itu berkongsikan cerita mengenai padangan peribadinya selepas bapanya tidak lagi bergelar menteri. Katanya lagi, dia lebih suka dengan kehidupan bapanya sekarang berbanding dulu.

“ Jujur saya katakan, pada awal selepas hal itu berlaku (peralihan Kerajaan), saya dan adik beradik juga tertanya, apa yang akan terjadi seterusnya.

“ Percaya atau tidak, saya lebih gembira sekarang kerana papa lebih banyak masa bersama anak-anak terutama cucunya.Tiada apa yang perlu dirisaukan. Secara peribadi saya lebih suka jadual papa saya sekarang berbanding dulu,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa yang sama, Dafi menafikan dakwaan kehilangan rakan-rakannya selepas apa yang berlaku. Hubungan antara rakan tetap sama dan tiada masalah timbul.

“Dulu saya selalu diberitahu, kalau hal ini benar-benar terjadi (peralihan Kerajaan), kawan-kawan pun mula menjauhkan diri daripada saya. Mana ada… kami makin rapat adalah,” katanya lagi.

Popular dengan single Bila Terasa Rindu, Dafi kini sibuk menguruskan syarikat pengurusan artis dan acara miliknya, Laugh Out Loud.