Umum mengetahui, selepas dua tahun naik turun mahkamah, kes saman RM2.5 juta Siti Nordiana terhadap lima sekawan berakhir dengan bermaaf-maafan.
Meskipun kes saman tersebut sudah pun selesai namun penyanyi Syura dan Lan Solo terus dikecam serta disindir tanpa henti di media sosial.
BACA: Syura Beri Masa 24 Jam Individu Minta Maaf Atau Tunggu Surat Saman
Menerusi perkongsian di Insta Story, Syura meluahkan rasa hairan kerana masih dikecam sedangkan netizen sendiri yang mahu melihat mereka bermaafan sebelum ini.
Dalam pada itu, Syura turut meminta netizen untuk move on daripada isu berkenaan apatah lagi ianya sudah pun berkahir.
Semalam, Syura dilihat ada memuat naik kenyataan memberi tempoh 24 jam kepada seorang individu menggunakan nama Zabbick untuk membuat permohonan maaf kepadanya.
Menurut Syura, dia menerima dengan hati terbuka jika netizen memberikan teguran namun tidak perlu sampai memaki serta menghinanya.