Meksipun kes saman antara Siti Nordiana dan lima sekawan sudah pun selesai namun Syura dan Lan Solo terus dikecam tanpa henti di media sosial.
Menerusi perkongsian terbaru, Syura dilihat ada memuat naik kenyataan memberi tempoh 24 jam kepada seorang individu menggunakan nama Zabbick untuk membuat permohonan maaf kepadanya.
BACA: Kongsi Video Bergelak Ketawa, Netizen Label Lan Solo & Syura Toksik
View this post on Instagram
“Please take note! Dan untuk @zabbick, tolong DM saya dalam masa 24jam ini atau saya panjangkan perkara ni pada peguam, terima kasih,” tulisnya.
Menurut Syura, dia menerima dengan hati terbuka jika netizen memberikan teguran namun tidak perlu sampai memaki serta menghinanya.
Syura turut kesal kerana ada netizen tidak mengambil pengajaran susulan kes yang dilaluinya bersama rakan-rakan sepanjang dua tahun ini.
Dalam entri tersebut, Syura turut memuat naik komen daripada individu tersebut yang menggelarnya artis sendu dan penunggang agama.
Tambah Syura lagi, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada yang memaki serta menghina secara terbuka mahupun melalui DM.