fbpx

Baru-baru ini tular video pabila nama seorang pelawak terkenal dikaitkan dengan satu video tular didakwa sedang berurusan jual beli ‘barang’ terlarang.

Tampil menafikan dakwaan tersebut, pelawak terkenal Lan Pet Pet berkata tiada jual beli barang terlarang berlaku sebaliknya ia merupakan produk kesihatan untuk lelaki.

BACA: Tular Video Mirip Pelawak Popular Berurusan Jual Beli ‘Barang’?

“Saya tak jual barang terlarang seperti yang didakwa, apa yang ditularkan itu hanyalah jual beli ubat untuk lelaki. Saya tampil untuk jelaskan keadaan sebenar,” katanya.

Kata Lan lagi, pada awalnya dia mahu mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan video fitnah berkenaan namun menarik semula hasrat tersebut dan memaafkan individu berkenaan.

“Pada awalnya memang nak ambil tindakan. Tapi selepas berbincang dan mendapatkan nasihat peguam, saya tarik hasrat tersebut. saya boleh teruskan saja tindakan itu sehingga menyebabkan individu tersebut membayar jumlah yang besar.

“Tapi saya ada belas kasihan dan enggan membiarkan reputasi saya tercalar. Lagipun saya sudah memaafkan individu dan semua yang menyebarkan video tersebut serta memfitnah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Lan turut menafikan dakwaan netizen kononnya video tular itu merupakan gimik untuk menjual produknya.

“Saya tahu ada segelintir pihak yang menganggap apa yang berlka hanya gimik untuk saya menjual barang. Tapi ini bukan gimik! Saya tak perlukan gimik atau sebagainya untuk menjual produk,” katanya.