Tular Video Mirip Pelawak Popular Berurusan Jual Beli ‘Barang’?
Sejak semalam kecoh di laman Twitter apabila nama seorang pelawak terkenal dikaitkan dengan satu video tular didakwa sedang berurusan jual beli ‘barang’.
Menerusi video tersebut, lelaki yang didakwa mirip seorang pelawak dari kumpulan popular itu berang apabila sedar dirinya sedang dirakam.
Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja dorang buat.
Hari tu sorang jadi tauke ayam. Yang ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu. pic.twitter.com/NaVp51vvvg
— Amende Sial? (@amende_sial) August 5, 2021
“Woi hang rakam apa?” jeritnya dalam loghat utara sambil meluru keluar dari kereta dipandunya jenis Myvi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mula memetik nama pelawak tersebut selepas mengecam suara dan bentuk fizikalnya.
Bagaimanapun, ada yang mengatakan video tersebut seperti sudah dirancang dan hanya gimik semata-mata. Kata netizen tersebut, mana ada orang yang jual barang terlarang di tempat terang.
Malah, ada yang mengatakan video tersebut sengaja ditularkan untuk tujuan pemasaran semata-mata sebelum mengeluarkan produk terbaru.
Namun, sehingga kini individu yang didakwa mirip pelawak itu belum dikenal pasti atau dapat dibuktikan oleh sesiapa.
sian ke anak bini .. berubahla.. tu je nk ckp
Nmpk nau blakon
Drama je ni kot. Pakai la topeng kurang2 nya. Ye idok?
Menguap aku tgk. X saspen lgsung. Zzzzz…
Next
yup.. nmpka sgt blakon.. dh settle beli baru perasan kena record.. pastu tau plk motor tu nk dtg… lawak
Dulu syuk buat drama dia kena serang masa jual air tepi jln.
Skrg si lan pet pet ni pulak nak berdrama ke?
Pelawak2 nak try jadi pelakon pulak ni. Nak tgk lakonan dia semua ni nmpak real / tak agaknya.