fbpx

Bukan Jenis Suka Bergaul, Rakan Yakin Aliff Aziz Tak Bersalah

Pelakon Shahidan Izwan berkata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pernah meminta nasihat daripadanya mengenai perceraian sekitar dua tahun lalu.

Memetik mStar Online, Shahidan berkata ketika itu dia meminta Aliff untuk berfikir secara matang apatah lagi dia dan Bella Astillah sudah mempunyai dua cahaya mata.

BACA: Ummi Nazeera Harap Netizen Tak Boikot Drama Dengan Aliff Aziz

“Dia pernah cakap tentang cerai dan saya ada menasihatinya. Saya minta dia fikir secara betul kerana dia mempunyai dua orang anak. Tapi itu ketika kontroversi sebelum ini.

“Tentang cerai yang terbaru ini saya tak berani nak komen sebab saya belum jumpa Aliff dan Bella. Kami hanya berhubung melalui panggilan telefon dan mesej saja,” katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata dia yakin Aliff tidak melakukan perkara tidak baik ketika ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu serta berdoa agar rakannya kuat.

“Dia belum berkongi apa-apa secara terperin ci. Saya hanya doakan agar dia kuat sebab takut juga Aliff kembali melakukan perkara tidak elok seperti sebelum ini.

“Tapi rasanya keadaan dia baik cuma berilah dia ruang dan tidak diganggu. Berhubung kes khalwat, saya tak ada komen tetapi secara peribadi saya yakin dia tak lakukan perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata Aliff bukan jenis yang suka bergaul dengan orang ramai dan banyak berkongsikan nasihat serta dakwah.

“Dia seorang yang baik dan selalu tegur jika saya buat salah. Aliff tak pernah lekang dengan nasihat serta dakwah. Dia pun bukan seorang yang suka bergaul dengan ramai orang. Saya tak tahu Aliff dimana sekarang dan lebih baik tuan badan sendiri yang jawab,” katanya. 

SUMBER: mStar Online