fbpx

Susulan isu hutang melibatkan isterinya, Rozita Che Wan bernilai hampir RM1 juta, pelakon Zain Saidin berkata pihaknya juga turut berusaha untuk selesaikan kemelut tersebut.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Zain berkata dia tidak hanya berdiam diri sebaliknya menjalankan perniagaan di media sosial sebagai salah satu inisiatif.

BACA: Kurang Job Berlakon, Zain Saidin Aktif Main PK Di TikTok

“Bukan duduk sahaja, meniaga minyak wangi dalam TikTok ini juga usaha saya. Kita usaha. Siapa yang beli minyak wangi ini, itu rezeki saya. Saya jual benda yang baik.

“Bukannya kami duduk sahaja. Macam saya cakap, pihak kita pun ada juga usaha sebenarnya. Bukan relaks dan anggap tiada hal dengan semua yang berlaku. Cuma apa yang kami usahakan itu tidak diceritakan. Jadi biasalah,” katanya.

Menjawab komen netizen yang mendakwa isterinya sering menayang kemewahan, Zain berkata semua itu adalah rezeki dan mereka tidak mempunyai niat untuk menunjuk.

“Kami bukan tunjuk mewah dan hanya ambil gambar seperti biasa. Tiada niat menunjuk Adakah memakai baju raya cantik-cantik itu nak menunjuk? Pergi bercuti takkan hanya bawa dua pasang baju sahaja?” katanya.

SUMBER: Kosmo