Pelakon Zain Saidin mengakui dia kurang menerima tawaran berlakon namun dia ada cara lain untuk menjana pendapatan.

Memetik mStar Online, Zain berkata dia kini aktif bergelar TikToker selain sibuk menguruskan perniagaan bersama isterinya, pelakon Rozita Che Wan.


BACA: “Suami Okay Saya Berkedut” – Zain Larang Che Ta Suntik Wajah

Menurut Zain, dia terlibat dengan PK atau Player Knock-Out dalam platform tersebut selepas diajak berlawan dengan Zaquan Adha dan tidak sangka ianya permainan yang menyeronokkan.

“TikTok ini sebelum ini saya tidak pernah main perlawanan secara langsung (lebih dikenali PK) sebenarnya. Tapi Zaquan Adha sebenarnya yang ajak.

“Dari situ saya sangkut dan ketagih main PK ini. Tapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana ia merupakan permainan yang sangat menyeronokkan,” katanya.


Sementara itu, Zain berkata melalui PK, dia mampu menjana pendapatan serta dapat berkongsi dengan rezeki dengan orang lain.

“Sikit sebanyak boleh la nak bayar sini sana dan sebagainya dan kita boleh kongsi rezeki kepada orang lain,” katanya.