fbpx

Bukan Cuti Bersama, Nad Zainal & Ungku Ismail Ke Bali Atas Urusan Kerja

Pelakon Nad Zainal menafikan dakwaan bercuti bersama pelakon Ungku Ismail ke luar negara seperti yang hangat diperkatakan netizen baru-baru ini.

Memetik BH Online, Nad berkata dia pergi ke destinasi percutian ke Bali itu atas urusan kerja dan turut ditemani pembantu peribadinya.

BACA: Netizen Dakwa Semakin ‘Daring’ Selepas Berstatus Janda, Ini Jawapan Nad Zainal

“Saya hendak tegaskan kami pergi untuk bekerja. Saya tidak pergi berseorangan. Sebaliknya, ditemani pembantu peribadi. Tidak ada apa yang perlu kami sembunyikan. Kami pergi ke luar negara pun rasanya ramai yang sudah tahu.

“Ini kerana kami kongsi perkara itu dalam media sosial. Lagipun, kami bukannya bercinta sampai tahap hendak ‘cover line’ (berselindung). Kita memang sengaja bersikap terbuka kerana kami mahu orang tengok,” katanya.

Dalam pada itu, Nad mengakui selesa berkawan dengan aktor tersebut kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi yang sama serta merancang untk membuat syarikat produksi bersama.

“Sepatutnya, sebelum ini, kami ada projek bersama tetapi tidak menjadi. Kami mula rapat selepas berlakon dalam telefilem Cina Buta. Selepas itu, dia tawarkan saya bekerjasama dalam projek travelog yang akan ditayangkan di YouTube.

“Projek travelog itulah yang membuatkan kami mengunjungi Bali. Mungkin selepas ini, kami akan pergi ke Phuket dan Seoul, Korea Selatan untuk tujan sama.

“Selain itu, kami merancang membuka syarikat produksi dan terbitkan drama bersama. Kami cepat serasi kerana kami berkongsi misi dan visi sama. Pemikiran kami serupa, jadi kami tidak ada banyak masalah untuk bekerjasama,” katanya.