fbpx

“Bukan Cari Orang Kaya Untuk Jadi Jodoh Saya”

Sejak hubungan terdahulu sehingga kini, hati Uqasha Senrose nampaknya masih belum terisi. Menjawab soal jodoh, Uqasha memberitahu dirinya tidak menetapkan sebarang syarat dan pangkat pada lelaki itu.

BACA: “Saya Tak Layak Nasihat Emma Maembong”

“Saya tak memilih siapa pasangan saya. Kalau saya suka tu mesti ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Saya tak ada pun macam, oh lepas ni ni target dia pilot lah, businessman lah, anak rajalah, tidak sekali”

Menurut Uqasha, fokusnya kini lebih tertumpu kepada soal kerjaya dan keluarga agar apa yang dihajati tercapai. Namun Uqasha berharap bakal suaminya seorang yang tetap bersamanya dan menerima kekurangan yang ada pada dirinya.

“For now, Qasha fokus pada karier dan keluarga. Jodoh tu, kalau boleh tidaklah dalam masa terdekat. Tapi macam sekarang ni tak perlulah nak report pada sesiapa jadi buatkan kerja lagi senang,” jelasnya.

Dalam masa yang Uqasha tidak kisah andai jodoh adik-adiknya, Nelydia dan Raysha sampai dahulu sebelumnya. Soal jodoh siapalah kita mahu menghakiminya, nanti kalau ada jumpalah tu! (rtky/w)