fbpx

“Bukan Cantik Dicari Tapi Redha Rahmat Ilahi”

Mula berhijab sejak beberapa hari lalu, penyanyi dan pengacara Nana Mahazan menzahirkan ucapan terima kasih apabila dihujani salam penghijrahan daripada orang ramai buat dirinya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nana berkata dia akan terus istiqamah. Ujarnya, bukan kecantikan yang dicari tetapi redha daripada Yang Maha Esa.

BACA: Nana Mahazan Kini Berhijab, Syukur Hidayah Sampai Awal

“Allah Maha Besar, terima kasih semua yang mesej secara terus (direct message). Tidak dapat jawab semua. Harap semua dapat berlapang dada, saya cuba. Bukan cantik dicari, hanya redha rahmat daripada Ilahi,” katanya.

Dalam pada itu, Nana turut memohon maaf seandainya selama ini ada khilaf yang dilakukan tanpa disedari kepada sesiapa.

Beberapa hari lalu, pelakon Izara Aishah, Siti Elizad, pelawak Vicha Saywho dan Aprena Manrose membuat keputusan untuk berhijrah apabila tampil berhijab.