fbpx

Buka Kedai Pun Tak Macam Dulu Dah…’Kena’ Betul Lah Ada Bantuan Ni

Lepas satu persatu bantuan yang diberi kerajaan kepada kita sejak wabak pandemik COVID-19 mula menyerang kita yang kini sudah setahun pun.

Geran Khas Prihatin Tambahan di bawah Pakej PERMAI (GKP PERMAI) adalah salah satu bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang telah menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Seramai 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) akan diberikan bantuan berjumlah sehingga RM1,000 seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI.

Duit Tambah Memang Membantu Sangat!

Untung betul usahawan-usahawan kita. Ada juga duit tambahan yang boleh digunakan ketika waktu-waktu terdesak macam ni kan. GKP Tambahan RM1,000 untuk negeri PKP ini akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuklah rayuan.

Bagi Wan Hasmat Wan Mohamed, 53, berkata memang sejak negara diserang dengan wabak COVID-19 perniagaannya terjejas teruk. Dan disebabkan itu juga, dia mula bertukar taktik dari berniaga secara fizikal kepada perniagaan secara dalam online.

Wan Hasmat Wan Mohamed

“Kalau dulu saya dah apply GKP 1.0 dan 2.0, tapi bila kerajaan umumkan GKP PERMAI, Ya Allah rasa sangat terharu sangat. Alhamdulilah, saya mula nampak sinar untuk tambah duit modal perniagaan saya.”

“Bila buka kedai pun perniagaan dah tak macam dulu. Jadi, dengan adanya bantuan tambahan ini, dapat juga saya buat duit tambah,” jelasnya yang menjalankan perniagaan menjual pakaian.

Bukan perniagaan menjual pakaian jer yang terkesan dengan kehadiran wabak pandemik ini. Rata-rata ramai usahawan lain yang terkesan. Berniaga lah apa pun sekarang ni, rasa macam tak padu macam dulu dah.

Kerajaan pun ‘dengar’ apa yang anda lalui tu. Haa sebab itulah mereka wujudkan bantuan tambahan ini yang boleh meringankan beban anda.

Buat Rolling Modal Perniagaan

Nurul Syamimi Mohd Suyuthi, 23, sudah setahun lebih berniaga kedai makan di kampungnya. Tipu sangat kalau cakap perniagaannya tak terjejas dengan COVID-19 ni.

Kedai makan yang diusahakan Syamimi

Selepas menerima bantuan GKP 1.0 dan 2.0, GKP PERMAI ini pula dikatakan sebagai rezeki turun dari langit.

Nurul Syamimi Mohd Suyuthi

“Perniagaan memang terjejas sangat. Dengan pelanggannya yang kurang datang ke kedai memang sedikit sendu. Tapi bila adanya bantuan tambahan RM1,000 dari GKP PERMAI, Alhamdulilah rasa seronok sangat sebab boleh tampung perbelanjaan sikit-sikit.”

Tambah Syamimi, duit yang diberikan itu juga dibuat modal untuk rolling beli barang-barang kedai.

Duit yang ada boleh buat rolling modal

Bagi Mohd Shukri Kasim, 35, dia yang menjalankan perniagaan construction selama 5 tahun menggunakan duit bantuan GKP ini untuk menampaung keperluan semasa dan juga untuk suntikan modal.

Mohd Shukri Kasim

“Tipu sangat kalau saya cakap saya tak terkesan dengan COVID-19. Sebab tu bila adanya bantuan tambahan ini, memang bersyukur sangat. Dapat juga saya buat duit modal beli barang.”

Tindakan Tepat

Perluasan inisiatif GKP tambahan ini sebenarnya dapat membantu usahawan yang terjejas dalam situasi semasa pandemik COVID-19 terutama mereka yang berada dalam sektor mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).

Kerajaan akan memperluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada 500,000 PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500.

Untuk info anda inisiatif GKP PERMAI ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak 650 juta ringgit. Jadi rugi sangat pada anda yang tak apply GKP PERMAI ni.

Pada yang apply, gunakan bantuan ini dengan sebaiknya okay!