fbpx

Buka Kedai Minuman, Shuk Sahar Dituduh Tiru Shuib

Meskipun dikecam teruk susulan kontroversinya berlaku curang sehingga hilang mata pencarian sebagai penyampai radio, namun ia tidak mematahkan semangat Shuk Sahar untuk terus bangkit.

Terbaru, Shuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka kedai minuman. Bagaimanapun, ada yang mendakwa dia meniru konsep kedai minuman pelawak Shuib Sepahtu.

BACA: Shuk Sahar Jual Kuetiau & Air Untuk Teruskan Hidup

Tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut, Shuk berkata dia mengakui menjadikan rakannya itu sebagai inspirasi, malah Shuib banyak berkongsi ilmu tentang dunia perniagaan.

“Saya tahu mungkin akan ada yang kata pembukaan jenama ini seakan-akan meniru kedai minuman yang diusahakn oleh Shuib.

“Terus terang, saya sendiri memang ada bertanya dan meminta tip perniagaan daripadanya tapi tidaklah meniru. Sebagai sahabat, Shuib memang tidak lokek untuk berkongsi ilmu,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk turut berkongsikan pesanan Shuib yang diberikan supaya jangan mudah mengalah kerana dunia perniagaan banyak risiko dan hanya yang berani mencuba akan terus maju.

“Dia kata jangan mengaku kalah, terus jalan ke hadapan bila sudah jejak kaki dalam dunia perniagaan. Daripada fikir sahaja tapi tak buat dan mencuba, kita tak akan dapat apa-apa,” katanya.

Februari lalu, stesen radio Hot FM mengumumkan penamatan kontrak Shuk sebagai penyampai Geng Pagi Hot susulan kontroversi rumah tangga dan curang pada isteri.