fbpx

Meskipun negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Ammar Alfian tidak hanya berpeluk tubuh. Ammar berkata dia kini melakukan servis perkhidmatan mengangkat barang.

Memulakan tugasan pada 2 Mei lalu, Ammar berkata ini antara pekerjaan yang sesuai dilakukan di musim total lockdown. Kata Ammar lagi, dia membuat perkhidmatan tersebut di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

BACA: Penutup Tahun 2020, Ammar Alfian Berjaya Khatam Al-Quran Kali Ketiga

“Hari pertama bertugas sebagai GoGetter. Saya suka melakukan tugas berat dan pekerjaan ini sesuai dengan saya terutamanya semasa lockdown ini.

“Saya pernah melakukan pekerjaan seperti ini ketika saya berada di Ozzy sebagai penggerak untuk MiniMovers Melbourne Australia.

“Jadi sesiapa nak bagi kerja angkat barang, hantar barang, buang barang jangan malu-malu boleh cari saya. Saya hentam kawasan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Paskal itu turut menyatakan hasratnya untuk menyalurkan sedikit keuntungan hasil pekerjaannya itu ke tabung Palestin.

“25 peratus keuntungan, saya akan salurkan pada mana-mana tabung Palestin,” katanya.