“Buat Majlis Akikah Besar-Besaran Bukanlah Untuk Riak”
Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida telah mengadakan majlis kesyukuran dan aqiqah buat anak bongsu mereka, Raudhah Arshiyah yang selamat dilahirkan pada 19 Disember yang lalu.
Dalam majlis serba mewah dan meriah yang diadakan di kediaman mereka, pasangan ini telah menjemput hampir 1000 orang jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan,selebriti serta pengikut yang bertuah.
BACA: Isteri Aliff Syukri Selamat Lahir Anak Kelima
Bagaimanapun, Aliff dan Shahida berasa terharu kerana ramai pihak ingin menaja majlis anak mereka. Namun, mereka mengambil pendekatan untuk mengeluarkan belanja sendiri demi kenangan anak bongsu mereka pada akan datang.
Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan majlis buat Raudhah, Aliff enggan memberitahu jumlah yang sebenar namun menerusi laman YouTube nya, usahawan ini mendedahkan telah membelanjakan sebanyak hampir RM400, 000.
“Sebenarnya kami buat ini hanya yang termampu. Kami tak nak nanti orang akan mempertikaikan kenapa bezakan Yusof dan Raudhah.
Secara jujurnya, kami buat majlis ini pun gunakan duit pendapatan menerusi sosial media seperti YouTube dan blog. Bukanlah untuk riak, tetapi lebih kepada kenangan. Setiap anak punyai kenangannya sendiri. Nanti bila mereka dah besar dan buka YouTube, ‘oh begini rupanya majlis”, katanya kepada Rotikaya.
Sebelum ini sekitar Julai 2018 Datuk Seri Aliff Syukri turut mendedahkan telah berhabis hampir RM 300, 000 untuk majlis akikah anak keempatnya, Yusof Al-Qardawi. (rkty/h)
Famili ni kalu tunjuk sedonia psl bab mewah blanja besar x bnafas gamak nye. Ok boring.
tujuan asal nk bersedekah tp tanpa disedari kita sendiri menunjuk-nunjuk.
Suka sgt mamat nie dr dulu mention psl bab duit ni …beratus ribu lepas ckp bukan nk riak. Eh eh ehhhh org tahu la menilai. Bila le perangai OKB Melayu nk brubah?
yg aku prasan anak dia yusof dgn raudhah tk pernah nampak botakkn kepala masa cukur jambul..anak2 lain aku tk tau la sebab masa tu tk da ig lg..
org yg sah2 kaya berharta pun sibuk ramai yg nk sponser
400k je ke alipsyukri? .. nampak biase-biase jer