Buat Live Gigih Jual Biskut, Netizen Sedih Tengok Shuhada
Baru-baru ini, isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada dilihat ada memubuat siaran langsung bagi mempromosikan perniagaan biskut di bawah jenamanya iaitu ‘Satu Tak Cukup Shelup Shelup‘.
Sesi live hampir sejam itu turut disertai pelakon Mawar Rashid yang turut memberikan kata-kata semangat serta menawarkan diri membantu dari segi menjalankan perniagaan.
BACA: “Keluarga Membenarkan Hafidz Kahwin Lagi Tanpa Izin Saya” – Shuhada
View this post on Instagram
Perkongsian Shuhada itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat parut di wajah ibu kepada dua cahaya mata itu apatah lagi berpunca daripada suaminya sendiri.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sedih melihat wanita itu yang gigih berniaga untuk menjana pendapatan sendiri demi dirinya dan anak-anak.
Malah, rata-rata netizen mendoakan agar Shuhada dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suaminya sehingga menerima 10 jahitan.
Semoga Allah beri kemenangan buat semua isteri2 yg di aniaya.. Semoga Allah luaskan rezeki kalian.. Allahumma aamiiinn…
Semoga Allah permudahkan segala urusan Shuhada dan berjaya dlm apa jua yg Shu ceburi.
semoga Tabah dan di murahkan rezeki
parut tu yang nampak menyedihkan.. si HR tu tumbuk kuat macam mana weh, sampai kena jahit macam tu. T.T rasanya xde pula baca guna benda2 tumpul ke apa.. so memang 100% tulang tangan takpun pakai cincin haa.. kalau cincin, no wonder lah.. Ya Allah.. paling2 tumbuk tinggal lembam boleh la nak brain ni sampai luka kena jahit.. parut kekal.. uwargghhh