fbpx

Buat Kejutan Untuk Suami, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Tahniah diucapkan buat pelakon Emma Maembong yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi, Emma turut membuat kejutan kepada suaminya, Muhammad Shazli tentang kehamilannya kononnya mahu membuat review produk.

BACA: Anak Meragam, Emma Maembong Sempoi Sama-Sama Baring Di Lantai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Sedang asyik sedang mempromosikan produk, suami Emma seakan terkejut apabila melihat alat ujian kehamilan di dalam kotak tersebut. Shazli turut bertanyakan kepada Emma sama ada betul atau tidak isterinya itu hamil.

“Betul ke sayang? Sumpah?” soal suaminya.

Terkejut dengan berita tersebut hingga menitiskan air mata, Emma dilihat memuji suaminya serta memberitahu usia kandungan sudah mencecah dua minggu.

“Dua minggu dah. I love you,” kata Emma.

Emma mendirikan rumah tangga bersama Shazli pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Shariq Gabriel kini berusia tiga tahun.