fbpx

Anak Meragam, Emma Maembong Sempoi Sama-Sama Baring Di Lantai

Setiap ibu bapa pasti akan berdepan fasa dimana anak-anak meragam dan melakukan sesuatu di kuar jangkaan termasuk baring di lantai ketika berada di tempat awam.

Termasuk pelakon Emma Maembong yang turut berdepan perkara sama apabila memuat naik video memaparkan anak lelakinya, Shariq Gabriel yang meragam dan baring di lantai kerana tidak mahu berjalan.

BACA: “Suatu Hari Nanti Saya Akan Berhijab Semula” – Emma Maembong

Menerusi Insta Story, Emma berkata anaknya tidak mahu berjalan atau pun didukung ketika itu sebaliknya hanya mahu baring.

https://www.tiktok.com/@kopipanas2u/video/7184352980861193498?

“Bila dia tak nak dukung, tak nak jalan, tak nak buat apa, cuma nak baring. Cakap kotor, angkat dia nangis. Jadi, kita baring sekali,” tulisnya.

Video tersebut turut dikongsikan Emma di Instagram anaknya itu sedang melayan Shariq yang sedang baring santai ketika berjalan di salah sebuah taman tema di Singapura.

Perkongsian Emma itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat anak pelakon itu serta memuji cara Emma melayan anaknya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.