Buat Kejutan Untuk Suami Di Paris, Mawar Rashid Hamil Anak Ketiga
Tahniah diucapkan buat pelakon Mawar Rashid yang mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan dalam tempoh trimester pertama.
Berkongsikan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi, Mawar turut membuat kejutan buat suaminya, Raf Yaakob tentang kehamilannya itu ketika bercuti di Paris pada Jun lalu.
View this post on Instagram
Menerusi video itu, Mawar dilihat menyerahkan kit ujian kehamilan kepada suaminya di depan Menara Eiffel. Pelakon itu tidak dapat menahan sebak berkongsikan berita itu.
Dalam pada itu, Mawar turut berkongsikan reaksi ahli keluarga dan rakan-rakan tentang berita kehamilannya itu.
Mawar dan Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.
dh standby pakai baju sama, dh set up camera, pastu acah2 surprise
Lame …. So lame … IQ zero …
Brlakon x menjadi…
Hidup manusia zaman sekarang penuh lakonan. Surprise ke sedih ke gaduh ke menangis ke sempat set up camera.
Hahaha. Nmpk sgt ko ye. Surprise konon. Geli2 ak tgk. Try hard sgt. Ni dh kli ke 3 pregnat. Nk surprise apa nya dik non oiii. Dh basi. Len la org khwn dh lm tk dpt ank tb2 dpt ank. Laki ko pn ak tgk mcm trpksa buat2 je surprise. Hahaha