“Buat Apa Saya Kahwin Kalau Niat Nak Bercerai”
Kemelut rumah tangganya dengan Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi, Sharnaaz Ahmad berkata sebagai seorang suami dia perlu mempertahankan rumah tangga yang dibina dan dia berkahwin bukan untuk bercerai.
Bagaimanapun, Shazrnaaz berkata dia menerima segala ketentuan seandainya hubungan rumah tangga yang dibina selama dua itu terpaksa berakhir. Jelas, Sharnaaz lagi, keinginan bercerai bukan datang daripada dirinya.
BACA: Sharnaaz Ahmad Sekat Netizen Berani Komen Gambar Puting
“Kalau nak bercerai, tak payah cakap banyak saya masuk dalam, saya dah bercerai tapi kita ada prosedur dan undang-undang.
“Buat apa saya kahwin dengan dia kalau niat untuk bercerai. Kalau nak bercerai itu, Lillahi Ta’ala bukan datang daripada saya. Saya berkahwin dan tak ada niat untuk ceraikan dia. Biar yang itu mahkamah yang putuskan,” katanya kepada mStar Online.
Ditanya mengenai perasaannya terhadap isternya, Sharnaaz menganggap ia sesuatu perkara yang subjektif dan dia sudah cuba untuk mempertahankan perkahwinan mereka.
“Sayang atau tidak itu adalah subjektif tapi mempertahankan itu wajib. Sebab mati nanti Allah tanya kenapa saya tak pertahankan, saya dah cuba,” katanya.
Terdahulu, kes cerai Sharnaaz dan Noor Nabila masih lagi berlanjutan dan diperintah untuk jalani proses timbang tara.
- SUMBER
- mStar Online
Rasanya lelaki ni layak kawen dengan ego sendiri je. Hadap diri sendiri. Tengok sapa anak anto penang lah konon. Lol.
Org yg xlalui akn ckp shahnaaz mcm baik la x nk cerai, suami aku pn cmtu xnk ceraikn aku sbb nk amik ksempatan je guna aku…xnk bcerai tp xnk tunai tgjwb xnk buat pape effort..tp ckp beria kt org bkn dia nk bcerai..but kt rmh buat prangai mgkn xsama la mcm kes shahnaz itu la kdg2 pmainan lelaki
Masa awak ada hidup serumah nape awak x berusaha nk pertahankan rumahtangga awak yer?! Bila Nabila tuntut cerai baru awak terfikir nk selamat dan pertahankan rumahtangga awak?! Kelakar jer bunyiknya awak pun logik ni. Nmpk sngt awak mmg x peka dgn bini awak, awak hanya pentingkan diri. Ramai suami fikir mrk rasa mrk bagaikan raja yg berhak ditaati tp mrk lupa Allah meletak amanah terbesar dibahu mrk. Jika tidak tertunai semua amanah tu mrk laa yg mula2 dihumban ke neraka!
Sharnaaz , ramai anak mami , anak Pakistan penang ada …move on bro …..
Tak guna hang nak kelantan Kardashian tu lagi
Aku pun pelik nape Si anas ni xnk ceraikan jer sbb lps cerai baik2 bole je dia melawat anak dia cm biasa. Ni dah pnjng citer pihak bini plak rasa teraniaya digantung x bertali dah tentu mrk dan keluarga marah. Atau ada ke Nabila buat tuntutan yg tinggi smpai Si anas xnk bayar tu dia nk lwn suh mahkamah putuskan brp dia ptt bayar?! Sbb aku pnya sepupu bini dia mintak cerai dia mintak 60ribu punca asalnya si laki dia ustaz tabligh nk kawin lain. Dia pun bengang laa dh laa selalu keluar dakwah x tinggal nafkah, tiba2 nk kawin lain pulak!!
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri… Kalau bukan kerana orang ketiga korang nak bercerai, baiklah jangan… Ego masing2 ni, takkan pernah hilang. Kahwinlah dengan lelaki paling kaya ataupun wanita melayu terakhir pun, kalau ego masing2 tak nak kalah, dengar sangat hasutan orang, memang akhirnya bercerai berai. Sedihlah tengok anak. Jadi suami isteri ni tolonglah mengalah demi anak. Selagi isteri atau suami tu tak curang/kaki pukul, teruskanlah perkahwinan korang…
Nmpk x dia punya konar bila org tnya sayang lg ke kt Nabila? Perasaan sayang saya itu subjektif!!! Kalo ko jujur cintakan dia lg terus terang jek mengaku laa. Ckp jer dia wanita pertama sbg isteri dlm hidup saya, dia ibu kpd anak saya dah tentu saya masih sayang dan rindu pd kenangan2 manis masa kami masih hangat bercinta! Ko boleh jek ckp lg straight forward x payah bunga2 pun xpe sbb karakter protagonist ko tu mmg terbawak2 smpai ke real live ko pun! In the end ko kena berubah Sharnaz, ko tu suami, walid atau pemimpin kpd ahli keluarga ko! Kalau kau masih x matang dgn peristiwa ni aku xtau ko nk tunggu bala besar mana lg timpa kt kepala kau baru ko nk berubah??
well said
Setuju sangat dengan Din taroo