fbpx

Buang Ubat Hospital, Suhaimi Saad Ditegur Netizen

Masihkah anda ingat, pada satu ketika dahulu, suami kepada Ina Naim yang juga merupakan seorang penyanyi nasyid pernah membuatkan laman sosial bising seketika kerana pendirian anti vaksinnya selain tidak menyediakan barangan elektrik di rumah untuk kegunaan keluarga? Kini, Suhaimi Saad sekali lagi menarik perhatian warga laman sosial.

BACA: Nafi Masuk Hospital Kerana Diet Berlebihan

Perkara yang dikongsikan di Facebook tersebut merupakan kisah perjalanannya ke hospital kerajaan baru-baru ini kerana sakit perut. Namun apa yang membuatkan ramai yang tidak berpuas hati adalah apabila dia membuang ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

“Di bilik farmasi, kami diberi 3 jenis ubat. Cecair,pil dan ubat sumbat paksa berry memalui d*b** (dubur). Disebabkan SS memang tak ada masalah tu, so SS hanya hadiahkan ubat ubat tu kepada encik Dust Bean (merujuk kepada tong sampah)”

“Lagipun ss memang tak makan ubat hospital. Pergi check untuk diagnose penyakit saja. Balik ke rumah,ss togok beberapa sudu minyak zaitun. Alhamdulillah sampai hari ni sakit tu belum kembali lagi,” jelasnya di laman sosial tersebut.

Ternyata perkara tersebut merupakan satu pembaziran dan perlakuan tersebut tidak disukai di dalam agama Islam sendiri. Namun Suhaimi Saad melalui komen yang ditinggalkan menyatakan bahawa dia telah pun menolak untuk menerima ubat tersebut.

Melalui komen tersebut itu juga ramai yang berkongsi dan menyatakan bahawa ubat yang tidak dikehendaki boleh dipulangkan semula. Ternyata perkara yang terjadi ini boleh menjadi pengajaran buat orang ramai. (rtky/s)