fbpx

Pertama sekali, mulai hari ini kami akan mula gunakan perkataan rilis sebagai salah satu perkataan biasa di’sini.

Rilis membawa maksud release atau melepaskan sesuatu untuk awam dalam kes dunia hiburan. Rilis di’gunakan secara meluas di Indonesia, kami tiru.

Bruno Mars semalam mengumumkan yang lagu terbaru beliau sekarang boleh di’dapati melalui iTunes dan di’dengar secara percuma di laman Youtube.

Lagu berjudul It Will Rain ini di’cipta khas untuk menjadi runut bunyi filem terbaru Twilight: Breaking Dawn Part 1 yang berada di’pawagam berhampiran anda 8 November ini.

Menurut Bruno Mars, beliau melihat kisah cinta dalam Twilight merupakan sebuah kisah cinta gelap & istilah yang sesuai untuk lagu ini ialah menceritakan sisi gelap sebuah percintaan.

Dengarkan lagu terbaru Bruno Mars berjudul It Will Rain yang menjadi runut bunyi filem kegemaran anda semua, Twilight: Breaking Dawn Part 1 selepas ini. Enjoice