fbpx

Bruno Mars Bakal Turun Untuk Konsert Solo Di Kuala Lumpur 10 April Ini

Anda tidak kenal siapa Bruno Mars? Sila terus, belok kiri & terjun gaung.

Okay. Kami bergurau. Bruno Mars yang kini sedang hangat dengan ‘lagu kecewa’, Grenade di’khabarkan akan turun ke Malaysia.

Dalam laman rasmi Bruno Mars sudah tersenarai Kuala Lumpur, Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah penyanyi dan penulis lagu yang membesar di Hawaii ini.

Lokasi konsert solo beliau juga sudah di’tulis tetapi sedikit aneh bagi kami kerana’nya ianya bakal di’adakan di Putra World Trade Centre (PWTC). Kurang cool pada hemat kami.

Seperti biasa, sebarang perkembangan tentang konsert solo Bruno Mars ini bakal kami paparkan kepada anda secepat mungkin. Siapa mahu belanja kami tiket? Angkat tangan!