fbpx

Bront Palarae Nafikan Sudah Bernikah Sabtu Lalu

Okay, kisah kini sudah menjadi lebih menarik. Jika semalam satu laporan akhbar Utusan Malaysia menyebut yang Bront Palarae sudah selamat bergelar suami kepada seorang wanita yang merupakan kenalan lamanya Sabtu lalu.

BACA: Bront Palarae Kahwin Senyap, Selamat Bergelar Suami Kepada Kenalan Lama

Namun hari ini melalui GUA, Bront Palarae memberikan kenyataan seolah olah menafikan wujudnya sebarang majlis pernikahan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu lalu.

“Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun — Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut”

Kami telah menghubungi wartawan yang membuat liputan di majlis pernikahan Bront Palarae semalam dan beliau sendiri mengesahkan yang Bront Palarae sendiri pada awalnya meminta beliau untuk tidak menulis kisah perkahwinannya di akhbar.

Seperti di’laporkan semalam, Bront Palarae juga telah meminta jurugambar Utusan Malaysia memadamkan semua gambar yang di’rakam.

“Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan & saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu Psiko Pencuri Hati. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya ini,” tambahnya lagi.