fbpx

Breakfast Band Tinggal Kenangan, Azri AF9 Kini Muncul Bersama Band Baru

Sudah dua malam kami menulis tentang bintang kelahiran Akademi Fantasia — demi Tuhan tidak kami di’bayar untuk mengingatkan anda tentang mereka.

Jika semalam cerita kurang positif yang sememangnya snek harian kami semua, hari ini kita bawakan perkembangan positif salah seorang peserta Akademi Fantasia 9, Azri.

Kalau anda masih ingat, Azri AF9 pernah bersama Breakfast Band sebagai vokalis namun perkembangan terbaru mengiyakan takdir yang band tersebut kini hanya tinggal kenangan — tetapi hanya nama.

Anggota Breakfast Band kini di’serap masuk ke sebuah band baru yang di’terajui Azri AF9 yang turut di’sokong oleh pihak Astro bernama — AZRI.

Menurut Azri AF9 yang bercakap kepada wartawan kami hari ini, pada awal’nya mereka bercadang hanya untuk melakukan penjenamaan semula Breakfast Band tetapi selepas perbincangan, penubuhan band dengan nama baru lebih efektif.

AZRI akan mengikut acuan dan konsep yang di’bawakan oleh Chris Daughtry yang menubuhkan sebuah band dengan nama beliau sendiri, Daughtry. AZRI akan membawakan konsep modern rock & juga elemen country rock.

Azri AF9 menambah yang keputusan ini di’buat selepas beliau merasakan tidak selesa untuk bergerak solo & single pertama AZRI akan keluar minggu hadapan berjudul Cinta Abstrak. All the best dude!