fbpx

Boy Iman Sahkan Sudah Bercerai Dengan Isteri

Tiada angin tiada ribut, Datuk Boy Iman mengakui sudah pun bercerai dengan isterinya Ida Anas pada April tahun lalu. Mahligai perkahwinan hanya mampu bertahan selama tujuh tahun, Boy Iman memberitahu bukan mudah menerima dugaan tersebut.

Perkara itu dimaklumkannya menerusi Instagramnya semalam. Menurut Boy Iman, dia dan isteri disahkan bercerai pada 20 April 2018. Ujarnya lagi, dia merahsiakan perceraian kerana sukar untuknya menerima hakikat perpisahan tersebut.

BACA: Selepas PhD, Boy Iman Mahu Sambung Belajar Master

“Saya menerimanya sebagai satu yang positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya untuk menerima dugaan berat ini.

“Saya dah berpisah dengan isteri pada 20 April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sangat menyedihkan.

“Apatah lagi yang menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak-anak kami,” tulisnya.

Meskipun berat menerima perceraian tersebut, Boy Iman tetap reda dengan aturan Allah. Dalam pada itu, Boy Iman memohon agar netizen mendoakan kebahagiaan bekas isteri dan anak-anaknya.

“Apa-apapun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak-anak dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat.

“Inilah aturan yang terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yang Allah rencanakan utk kita,” tulisnya.

Boy Iman mendirikan rumah tangga dengan Ida Nas pada 11 November 2011 ketika berusia 31 tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Norul Emmer.